+ Follow
A Thousand Miles
A Thousand Miles
About Entry Board Back
CABARAN KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
Wednesday, January 18, 2017, 3:56 AM , 0 comments
PENGENALAN:

Pada semester ini, kami diamanahkan untuk membuat satu e-folio yang bertajuk punca punca berlakunya ketidakprihatinan didalam kalangan masyarakat masa kini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, rezeki itu ketentuan Allah SWT dan kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki. Namun tidak semua manusia atau makhluk Allah yang diberikan kesenangan dan kemewahan, oleh itu jika kita berada pada tahap kesenangan dan kemewahan kita mestilah perlu ada sifat bantu membantu sesama manusia Kita perlu sedar bahawa, ada juga yang hidup dalam keadaan daif dan miskin yang mana ia terbahagi kepada dua yang mana satu dinamakan miskin dinamik dan miskin relatif.

Selain itu, kempen kesedaran perlu dilakukan oleh kerajaan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan serta perlu juga untuk memupuk semangat keprihatinan didalam kalangan masyarakat. Maka dengan e-folio yang kami akan lakukan ini, kami akan mengkaji serba sedikit berkenaan punca punca berlakunya ketidakprihatinan didalam kalangan masyarakat. Selain daripada membuat e-folio kami juga akan membuat blog bagi memastikan perkara ini dapat dikongsikan kepada orang awam dan pastinya dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat di luar sana.
           
Kami akan melakukan kajian ini menggunakan kaedah sumber primer dan skunder, dimana kami akan mencari bahan rujukan daripada internet, buku rujukan dan juga pendapat orang awam. Maka dengan ini harapan kami adalah dapat berkongsi serba sedikit berkenaan kesedaran masyarakat.

Antara gambar gambar mereka yang berada dalam kesusahan hidup.





PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya dan ahli kumpulan menyiapkan folio  yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk punca punca ketidakprihatinan manusia didalam kalangan masyarakat masa kini. Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus kumpulan.
Oleh hal demikian ribuan terima kasih saya ucapkan kepada rakan sekumpulan dan rakan rakan yang lain yang banyak membantu sepanjang kami menyiapkan projek folio ini. Pertama sekali kepada siti rodhiah binti abd rahman kerana beliau telah banyak memberikan pertolongan dan semangat untuk terus melakukan e-folio ini. Hasil daripada pengalaman yang dia ada dahulu yang juga bekas pelajar politeknik telah berkongsi sedikit sebanyak apa yang perlu dilakukan.Sekalung penghargaan untuk pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepada sepanjang saya menyiapkan folio ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akan saya dan ahli kumpulan lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.


OBJEKTIF KAJIAN


1.    Memastikan kempen kesedaran bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik kepada kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

2.    Memupukkan semangat keprihatinan orang awam terhadap masyarakat sekeliling

3.    Mengenal pasti punca punca ketidakprihatinan manusia didalam kalangan masyarakat masa kini

4.    Dapat membela nasib mereka yang berada dalam kemiskinan hidup

5.    Membina nilai nilai murni didalam jiwa masyarakat masa kini terutamanya golongan muda.


 PENDAHULUAN


            Pada zaman yang serba canggih dan moden sekarang ini ,kehidupan masyarakat di dunia telah menghadapi transfomasi dalam kehidupan mereka dari segi taraf hidup yang selaras dengan pembangunan dunia zaman ini.Pembangunan yang semakin rancak membangun sejak tahun 2000 lagi telah membuat asset dan taraf kehidupan negara berkembang maju dalam pelbagai sektor terutamanya dalam sektor kewangan.Hal ini tidak terkecuali buat Negara Malaysia sendiri.

            Namun begitu,dalam mengejar arus kemodenan,masih ada lagi sekumpulan masyarakat yang kurang bernasib naik dan menjalani taraf kehidupan yang berbeza dari masyarakat yang berbeza dari masyarakat yang laim.Sekumpulan masyarakat ini berbeza dari taraf hidup seperti kewangan,dan kehidupan yang susah sepertimempunyai rumah yang usang,tidak mendapat pekerjaan yang baik untuk menambah pendapatan yang selesa dan lebih menyayat hati lagi,ada diantara mereka yang sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi dan tidak dapat bekerja seperti masyarakat lain.

            Justeru itu,rangakain media elektronik dan perhubungan (Media Prima Malaysia) telah menumbuhkan satu rancangan berkaitan dengan sekumpulan masyarakat ini untuk menunjukkan dan memberi pengajaran kepada masyarakat di Malaysia yang bertajuk “Bersamamu”.Racangan ini , mengisahkan tentang kehidupan mayarakat yang kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka.Selain itu,racangan ini menceritakan tentang kepayahan mereka dalam menghadapi kehidupan yang sukar dalam sehari-hari.

             Antara inisiatif yang telah dijalankan adalah program Bersamamu yang merupakan sebuah rancangan realiti berbentuk amal. Pengacaranya akan membawa penonton untuk meninjau keadaan insan-insan istimewa serta mereka-mereka yang kurang berkemampuan dalam meneruskan cabaran hidup. Program tersebut memaparkan penderitaan anggota masyarakat yang terpaksa mengharungi dugaan berganda dalam meneruskan kehidupan.Tujuan utama rancangan ini adalah untuk meringgankan beban mereka yang kesusahan dan ia tidak semestinya bantuan kewangan tetapi hal lain juga seperti biaya pengajian, rawatan perubatan ataupun tempat penginapan.

Justeru itu, punca-punca berlakunya ketidakprihatinan dalam kalangan masyarakat tidak boleh dipandang rendah oleh pihak yang berkaitan. Selain itu sumbangan daripada sesuatu masyarakat atau sesuatu agensi seperti membagi baju-baju terpakai atau sumbangan duit juga boleh mengurangkan beban golongan miskin. Untuk memupuk semangat tolong menolong ini perlu dipupuk dari awal.

 Ketua kampong atau orang-orang biasa yang mempunyai pengaruh yang begitu kuat boleh membuat pengikut-pengikutnya sendiri. Dari situ budaya tolong-menolong dalam masyarakat dapat dibendung. Statistic kemiskinan dalam masyarakat juga dapat dikurangkaWalaupun begitu,masih lagi diantara masyrakat kita yang kurang mengambil tahu dan menolong mereka yang serba kedaifan ini.Antara puncanya,mereka ini mempunyai sifat yang angkuh dan menganggap racangan itu hanya rekaan semata-mata.Hal seperti ini perlu dibendung untuk membendung masalah ketidakprihatinan ini semakin berleluasa.Bak kata pepatah melayu “berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”.



PUNCA-PUNCA KETIDAKPRIHATINAN TERHADAP MASYARAKAT

            Antara punca-punca ketidakprihatinan dalam kalangan masyarakat adalah kerana setiap rakyat tidak wujud sifat membantu masyarakat. Contohnya, golongan yang kurang bernasib baik di kawasan kampung sepatutnya menerima perhatian sewajarnya seperti mereka yang berada di institusi kebajikan.Terdapat pelbagai cara untuk membantu golongan kurang bernasib baik ini. Antaranya adalah sumber kewangan, makanan dan pakaian serta mereka juga perlu dibantu untuk berdikari melalui pelan jangka panjang.Pepatah Cina mengatakan, lebih baik mengajar seseorang mendapat ikan daripada memberinya ikan setiap hari.Jika kita mengajar seseorang cara mendapatkan ikan, dia akan menguasai kemahiran mendapatkan ikan secara berdikari untuk jangka masa yang panjang.Dengan ilmu individu dapat memperbaiki kehidupannya dan nasib keluarganya seterusnya generasi yang bakal dilahirkannya kemudian.

  Selain itu, ketidak-aktifan oleh Islam yang tidak menggalakkan  penganutnya menghebohkan kebajikan yang dilakukan tetapi masyarakat telah menyalahgunakan hal tersebut dengan menghebohkan kebajikan yang telah dilakukan. Mereka tahu Islam menggalakkan aktiviti sukarela ini, tetapi mereka tidak komited terhadap ilmu tersebut.Dalam kata lain, mereka tahu ia dituntut tetapi tidak mahu mengamalkannya.Masalah ini memang sukar diatasi kerana ia berkait rapat dengan sejauh mana individu itu ingin mengamalkan ajaran agamanya.Masyarakat juga telah mengabaikan anak yatim dan fakir miskin begitu sahaja dimana mereka amat memerlukan pembelaan terhadap mereka.Masyarakat seharusnya memberi sumbangan dan sokongan moral dalam membantu menangani permasalahan mereka.

  Dari segi mentaliti orang melayu pula, ada kemungkinan bahawa masyarakat melayu begitu yakin dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu, mereka merasakan segala kebajikan orang melayu itu akan dipelihara oleh kerajaan. Oleh itu, mereka tidak perlu melakukan apa-apa untuk bangsanya. Faktor-faktor peribadi dan luaran pula sebenarnya mempengaruhi,bukan sahaja orang melayu tetapi juga semua lapisan masyarakat kerana ia tiada kena mengena dengan agama atau hak istimewa sesuatu bangsa.Ia juga berkait rapat dengan masyarakat yang tidak mempunyai pengurusan masa yang bijak.

 Di samping itu, faktor-faktor peribadi merujuk kepada diri individu itu sendiri. Antaranya ialah seperti tiadanya rasa simpati pada golongan yang memerlukan, sifat-sifat mementingkan diri, tidak mahu berjanji untuk menyumbang kerana bimbang tidak dapat melaksanakan janji tersebut dan seumpamanya.Faktor-faktor luaran pula, merujuk kepada tiadanya pendedahan, baik kepada perlunya menyumbang kepada masyarakat, mahupun tentang kewujudan pertumbuhan kebajikan.Mungkin juga wujud keadaan dimana, golongan masyarakat ingin menyumbang tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyumbang, kemana hendak menyumbang, dan sebagainya.

  Dari segi keadaan orang melayu yang terkial-kial memenuhi keperluan sendiri sehingga tiada masa untuk memenuhi keperluan orang lain, terdapat golongan yang berpendapatan rendah. Bagaimanapun terdapat warga kota yang akibat daripada kos hidup yang tinggi di bandar, mereka terpaksa mengambil kerja sambilan untuk memenuhi tuntutan hidup bagi mereka tentulah sukar untuk mencari masa untuk menyumbang.Kesedaran masyarakat tentang hari ini perlu dipertingkat untuk membantu keperluan golongan yang memerlukan dan bagaimana masyarakat boleh membantu.
 Punca yang seterusnya ialah kurangnya bimbingan daripada ibu bapa.Hal ini demikian kerana anak-anak tidak tahu untuk mengambil berat tentang masyarakat mahupun keluarga sendiri.Ibu bapa tidak memberi tunjuk ajar dari kecil bagaimana untuk menegur masyarakat setempat dan hal ini boleh menunjukkan ketidakprihatinan dalam diri anak.Hal ini perlu dibendung dari akar umbi lagi kerana pepatah ada menyatakan bahawa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

            Masyarakat yang tidak prihatin berpunca daripada sikap individu itu sendiri.Misalnya masyarakat yang endah tak endah tentang kejiranan.Hal ini kerana masyarakat tidak melawat jiran yang jauh apatah lagi yang terdekat.Masyarakat yang bersikap seperti boleh menyebabkan keutuhan didalam masyarakat terutama yang beragama islam yang menitik beratkan perpaduan boleh berpecah belah.Oleh itu,sikap prihatin perlu dipupuk dikalangan masyarakat agar masyarakat atau generasi yang akan datang tidak memandang enteng tentang perkara ini.Sikap prihatin atau mengambil berat adalah sikap yang boleh menyatukan sesebuah komuniti atau negara agar menjadi lebih baik.  
Sikap ketidakprihatinan dalam masyarakat boleh berlaku kerana sikap prihatin tidak mendapat tempat dalam penyiaran media.Media penyiaran memainkan peranan yang penting kepada masyarakat di Malaysia dalam proses menyampaikan maklumat dan juga medan sosial kepada masyarakat agar lebih bersikap prihatin.Sekiranya perkara ini dipandang remeh,tidak mustahil masyarakat boleh berpecah belah dan negara mengalami nasib yang sama.

            Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, kesilapan, mahupun kecuaian.Dengan itu, trelah menjadi tanggungjawab sosial bagi semua lapisan masyarakat untuk saling menasihati Antara satu sama lain demi menjaga kebaikan dan kemaslahatan bersama.Dengan sikap saling menjaga kemaslahatan dalam masyarakat menunjukkan kewujudan hubung kait Antara iman dengan penyalahgunaan media penyiaran.Kewajipan sesama insan untuk saling menegur dan mengingatkan kea rah kebaikan dan meninggalkan kejahatan terutamanya  sikap tidak prihatin.
           
Oleh demikian,tanggungjawab sosial dalam memupuk semangat kemasyarakatan perlu dipandang serius agar keutuhan masyarakat dapat dipupuk dan terjalin.Masyarakat yang prihatin dapat dipupuk melalui individu itu sendiri sama ada ingin melihat keutuhan atau silaturrahim didalam masyrakat terus terjalin
   Seterusnya ialah,punca-punca berlakunya ketidakprihatinan dalam masyarakat ialah apabila sifat positif dalam diri masyarakat Malaysia saban hari semakin luntur, ketidakprihatinan yang ditunjukkan, masyarakat menjadi lebih biadab kerana kurangnya ketidakprihati dalam berbahasa semakin rapuh dan ampuh.Bahkan, kita sendiri mula merasa bahangnya apabila dipersekitaran kita semakin banyak contoh kerapuhan nilai prihatin dalam masyarakat yang terjadi dihadapan mata kita sendiri. Mengapakah hal ini berlaku? Justeru, marilah kita sama-sama mengupas persoalan hangat ini yang sering terpampang di media dan akhbar tentang punca-punca berlakunya ketidakprihatinan dalam masyarakat yang sedang berlaku pada zaman sekarang.Ini kerana,sifat sombong dan angkuh telah terpahat dalam diri seseorang yang menyebabkan kurang kesedaran dalam masyarakat yang sangat memerlukan pertolongan dan bantuan dari pihak-pihak yang berkaitan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Seterusnya menilai paras rupa mahupun pangkat dalam masyarakat merupakan salah satu punca berlakunya ketidakprihatinan dalam masyarakat zaman sekarang.Hal ini kerana,golongan yang menilai harta ini sangat mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan orang lain seperti orang miskin yang sangat memerlukan prihatinan dari mereka.Disamping itu,memilih kasih adalah punca juga berlakunya ketidakprihatinan dalam masyarakat.Hal ini kerana,pihak yang berkenaan  bersikap kurang professional dalam memberi bantuan kepada orang yang memerlukan dan kurang bernasib baik dalam kehidupan harian mereka.Ini juga kerana,sesetengah pihak kurang mengambil pendekatan kepada golongan yang sangat memerlukan apabila mereka kurang dari segi makanan,pakaian dan tempat tinggal.

Oleh demikian,kite sebagai masyarakat yang berbilang bangsa dan mempunyai sikap saling bertoleransi haruslah memainkan peranan yang penting dalam pembentukkan nilai-nilai yang murni dalam sikap sesorang supaya punca-punca ketidakprihatinan dalam masyarakat ini dapat dielakkan dan seterusnya dapat dipupuk dari masa ke semasa.

     

PERKARA YANG PERLU DIBUAT UNTUK MENINGKATKAN SIFAT KEPRIHATINAN

            Antara perkara yang boleh meningkat sifat keprihatinan di kalangan masyarakat ialah membuat lebih bnyak iklan yang berkaitan dengan sifat keprihatinan.Lebih-lebih lagi berkaitan dengan racangan “Bersamamu”.Iklan yang dibuat perlulah mengandungi isi seperti cerita pendek kehidupan mereka dan menyertakan akuan mereka sendiri untuk membolehkan masyarakat membuat sebarang bantuan kepada mereka.Hal ini sekalisgus dapat membuka mata masyarakat untuk mempunyai rasa tanggungjawab dan meningkatkan keprihatinan untuk membantu golongan yang memerlukan.

            Selain itu,program kerohanian seperti ceramah-ceramah agama boleh dibuat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam membantu gplongan yang susah.Ceramah yang diadakan boleh disampaikan mengikut cara sesuatu kaum itu sendiri.Bagi agama islam, ceramah yang berunsur kerohanian ini perlu kerap dibuat sesame solat berjemaah bersama kerana sesama itu,ramai masyarakat hadir untuk menunaikan solat berjemaah bersama.Hal ini dapat meningkatkan dan menarik untuk melakukan amal jariah.

            Kempen-kempen seperti kempen kesedaran boleh dianjurkan di peringkat kecil mahupun besar,seperti contoh semasa aktiviti majlis rukun tertangga peringkat taman perumaahan dan bolrh juga diadakan ketika majlis-majlis besar.Kempen yang dibuat perlulah merangkumi aspek yang ingin dinyatakaan seperti bantuan yang diperlukan dan senarai golongan yang kurang bernasib baik.Aktiviti seperti ini boleh memberi pengetahuan tentang keprihatinan dalam masyarakat untuk membuat amal yang baik.



GOLONGAN YANG TERLIBAT DALAM MEMBERI KEPRIHATINAN TERHADAP MASYARAKAT

            Antara golongan yang terlibat dalam memberi keprihatinan tehadap masyarakat ialah golongan yang berdapatan tinggi.Selain itu golongan berdapatan tinggi ini bermaksud individu atau masyarakat yang mempunyai taraf kehidupan yang selesa dan mempunyai sumber kewanagn yang lebih dan mencukupi.Golongan seperti ini dapat membantu dari segi memberi bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.Sumbangan yang diberi boelh dibuat dari segi pemberian sumber makanan,keperluan hidup seperti pakaian dan sedikit derma berupa wang.

            Selain itu,golongan yang terlibat dalam keprihatinan ialah golongan belia/remaja.Sememangnya ramai golongan belia atau remaja tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup,akan tetapi mereka boleh memabntu dari segi penyibarkan tentang golongan yang kurang bernasib baik ini di laman media social supaya masyarakat lebih mengenal dan mengetahui akan masalah yang dihadappi oleh golongan tersebut.Meraka juga boleh membuat amal seperti melawat merak yang kurang bernasib baik tersebut dengan cara membantu membersihkan halaman rumah,memberi kata motivasi kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.


PERANAN DAN FUNGSI MEDIA MASSA       
         
Media yang terdiri daripada pelbagai bentuk memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Tanpa media masyarakat sesebuah negara itu akan menjadi buta dan pekak. Setiap hari kita membaca akhbar, buku, majalah serta menonton televisyen (TV), surat khabar dan majalah. Media cetak dan media elektronik ini memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan kehidupan manusia sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Oleh itu kita perlu tahu; 

“Bagaimana orang ramai menggunakan media?”
“Apakah kesan media massa terhadap masyarakat dan golongan tertentu? “ “Apakah kesan media massa mempunyai pengaruh yang kuat, sederhana atau terhad terhadap kepentingan sesuatu isu?”
“ Adakah pihak tertentu boleh menggunakan media massa untuk memberi gambaran terhadap reality?” 

            Antara peranan media terhadap pengetahuan masyarakat ialah media sebagai sumber maklumat. Media massa menjadi sumber utama kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat. Sebagai contoh, masyarakat akan mendapat maklumat melalui media massa  khususnya akhbar, televisyen dan internet yang amat berkuasa dalam menyampaikan maklumat berkaitan dengan kerajaan. Hal ini disebabkan, media massa menjadi orang tengah antara kerajaan dan rakyat. Menurut Mohd Hamdan (1986), “Melalui media massa, kerajaan boleh menerangkan dasar-dasar atau projek yang hendak dirancangkan atau dilaksanakan”. Oleh itu, media massa dapat menerangkan dan memberi liputan secara meluas dan mendalam berkaitan dasar dan rancangan kerajaan bagi membolehkan rakyat memahami dengan tepat dan sepenuhnya segala dasar dan rancangan tersebut.

                        Selain itu, media massa turut berperanan sebagai agen pembangunan dan perpaduan negara. Melalui media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam pelbagai etnik dapat disebarkan. Sebagai contoh, melalui aktiviti kebudayaan seperti tarian, lagu dan cara hidup sama ada masyarakat tempatan atau masyarakat asing, seseorang itu dapat menyelami dan memahami unsur kebudayaan sesuatu  kaum. Secara tidak langsung, media massa terutamanya media cetak dapat menyemai semangat perpaduan dalam jiwa masyarakat berbilang kaum. Semangat bersatu padu dan saling menghormati dapat mewujudkan keharmonian masyarakat. Keadaan ini dapat mengelakkan tercetusnya peristiwa 13 Mei yang menggugat perpaduan kaum daripada terus berulang. Apabila semangat perpaduan dapat disemarakkan sudah pasti akan membantu proses pembangunan negara supaya berjalan dengan lancar.

            Di samping itu, media massa turut berperanan sebagai alat yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat. Hubungan yang baik antara pemerintah dengan rakyatnya perlu diwujudkan untuk pembangunan. Umpamanya, media massa boleh menyiarkan dasar-dasar kerajaan seperti menjelaskan Rancangan Malaysia Ke-9 dan sebagainya supaya rakyat dapat memahami dan menerima serta bersikap terbuka terhadap dasar-dasar pembangunan negara. Sesebuah kerajaan memerlukan sokongan rakyatnya dalam segala langkah dan program yang dijalankan. Rakyat pula memerlukan kerajaan yang cekap dan telus dalam melaksanakan proses pembangunan. Melalui media massa, rakyat boleh memberikan reaksi dengan mengemukakan pandangan mereka. Dengan wujudnya pertukaran maklumat ini, peranan antara kerajaan dengan rakyat akan lebih berkesan.

            Seterusnya, media massa turut berperanan membantu sesebuah syarikat berkembang dengan pesat. Hal ini demikian kerana media dapat mengiklankan sesuatu produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat dan memperkenalkan barangan di pasaran yang dapat melariskan jualan. Sebagai contoh, sesebuah syarikat akan menggunakan ruangan iklan untuk mendapatkan pekerja dan mempromosikan barangan keluaran syarikatnya, Dalam era globalisasi ini, terdapat perniagaan yang dijalankan melalui internet iaitu salah satu bentuk media. Produk sesebuah syarikat akan dapat menembusi pasaran global dan sudah pasti syarikat dapat berkembang dengan pesat dan memberikan sumbangan kepada proses pembangunan negara.

            Selain daripada itu, media massa turut menjana peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikan kerana bidang media merupakan satu bidang yang luas. Oleh itu, bidang tersebut memerlukan banyak pekerja. Tenaga kerja yang boleh ditawarkan adalah yang berkaitan dengan bidang kewartawanan, pentadbiran, penyuntingan, penulisan, pengurusan, pengiklanan dan sebagainya. Produk yang terhasil pula perlu dijual dan tindakan ini memerlukan tenaga kerja dalam bidang pemasaran, Menerusi media elektronik pula, pembuatan peralatannya
.
Di samping itu, media massa juga berfungsi sebagai pemerhati. Fungsi ini dapat didefinisikan sebagai pemerhati yang mengawasi tentang peristiwa yang berlaku di sekitar masyarakat. Terdapat dua jenis pemerhati yang berkaitan iaitu fungsi pengawasan memberi amaran dan pengawasan instrumental. Pengawasan berbentuk amaran digunakan untuk mengingatkan masyarakat akan sesuatu kejadian atau malapetaka yang bakal berlaku.  Antara kejadian sebegini ialah seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan penyebaran wabak penyakit. Laporan yang berkaitan dikatakan sebagai berita dan maklumat yang sangat penting. Pengawasan berbentuk instrumental pula ialah lebih membantu masyarakat memperolehi maklumat seperti bursa saham, produk baru, fesyen dan resepi masakan. Fungsi sebagai pemerhati ini secara tidak langsung dapat memberi informasi dengan lebih jelas kepada masyarakat.

 Media massa bukan saja agen penyampaian maklumat semata-mata, malah turut menjadi pemerhati kepada keadaan sekeliling seterusnya menjadi pemikir tentang isu yang berlaku dan mencetuskan idea-idea yang bernas untuk pembangunan masyarakat dan negara. Perkara ini menunjukkan betapa besarnya peranan media massa dalam proses pembangunan  negara ke arah merealisasikan negara maju 2020. Menurut Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, “Bagi saya sendiri, saya yakin dengan kekuatan media massa dalam menyebarkan maklumat demi pembangunan sesebuah negara dan masyarakat. Tanpa media massa, adalah sukar bagi mana-mana negara untuk membentuk masyarakatnya sebagai sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan”






 “Bagi saya, sendiri, saya yakin dengan kekuatan media massa dalam menyebarkan maklumat demi pembangunan sesebuah negara dan masyarakat. Tanpa media massa, adalah sukar bagi mana-mana negara untuk membentuk masyarakatnya sebagai sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan”. Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi


ANTARA MEDIA MASSA DIMALAYSIA





 DALIL-DALIL TENTANG KEPRIHATINAN TOLONG MENOLONG
Ayat Yang menerangkan (Ta’awun) Tolong Menolong Dan Penjelasanya
al-Maidah Ayat 2
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ﴿المائدة: ٢﴾
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.




KESIMPULAN


Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi akhirnya kerja kami telah berada di penghujung. Setelah beberapa minggu kami bertungkus lumus menyiapkan kerja ini terdapat beberapa kesimpulan yang boleh di dapati antaranya kami dapat mengetahui punca punca utama dalam kurangnya ketidakprihatinan manusia didalam kalangan masyarakat masa kini. Oleh hal demikian, kami mengharapkan punca punca ini dapat dirawat dan dipulihkan agar ia tidak lagi menjadi punca ketidakprihatinan manusia terhadap masyarakat. Selain itu juga kami juga dapat mengetahui peranan media massa dalam komunikasi dan mengetahui semua aspek yang melibatkan keprihatinan.


Seterusnya, dengan kajian yang kami lakukan, kami kini dapat mengetahui antara badan badan ngo yang sering melakukan aktiviti memberi bantuan kepada yang memerlukan contohnya seperti kumpulan “Bersamamu”. Kami berharap kajian yang kami lakukan ini dapat membantu mereka yang memerlukan agar memberikan kesedaran kepada mereka yang berkemampuan untuk sentiasa bantu sesama manusia dan juga bersyukur dengan rezeki Allah Swt.
Sekian Terima Kasih













RUJUKAN


1.    www.google.com

2.    Facebook bersamamu


3.    Wikipedia

4.    Twitter

5.    Buku komunikasi pernyiaran islam



















OLD