Kenangan hanya tinggal kenangan
Hari demi hari,
Keheningan malam membasahi pondok-pondok,
Mengimbau kembali kenangan-kenangan silam,
Sewaktu berada di sekolah,
Ilmu dipelajari bersama,
Dikongsi bersama,
Tangis tawa,
Duka hiba,
Dirempuh bersama.
Kadang kala,
Terasa ingin menggamit kembali kenangan,
Yang pernah dilalui bersama.
Ranjau-ranjau kehidupan yg penuh duri,
Kita lalui bersama,
Kenangan yg amat manis sekali ini,
Sukar untuk dilupakan.
Namun kini,
Kenangan hanya tinggal kenangan,
Rakan-rakan,
Semua telah dilupakan.
Walaupun sekali sekala,
Ku cuba mengimbau kembali kenangan-kenangan,
Dalam ranjau kehidupan yang sementara ini.
Ragam-ragam rakanku,
Yang sering mentertawakanku,
Dikala ku kesedihan,
Walaupun sukar untuk ku lalui semua ini,
Namun, hidup mesti diteruskan,
Kerana setiap pertemuan mesti ada perpisahan.
Nukilan : Azhar Azmi
OLD // NEW