Sampai Syurga
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.
Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Zahirah binti Hj.Hamdan ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur.
Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Azhar tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Azhar memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Azhar tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Azhar ragu-ragu.
Zahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Azhar hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Azhar dah tak tentu arah. Zahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Azhar hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Azhar masih tidak mematikan enjin. Zahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Azhar melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Zahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Zahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia.
Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Azhar terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Zahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan. _________________________________ Malam itu Azhar duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.”
Azhar hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Azhar hanya mengangguk. Huh,garang! Zahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Azhar dan menutup mata Azhar dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Zahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Azhar yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Zahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Azhar. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Azhar ketawa. “hm,Hj. Hamdan .” Zahirah pula ketawa. “salah! Hj.Hamdan dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Zahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Zahirah.” Azhar menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Zahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam.
Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Zahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Azhar diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Azhar senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Zahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Azhar.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak!
Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Azhar. “macam mana ni abang?” kata Zahirah sayu. Azhar menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.” “maaf ya abang..” Azhar senyum. “tak apa.” Azhar keluar dari dapur. Zahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Zahirah berfikir di bar dapur itu Azhar masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Azhar senyum dan mengangkat kening. Zahirah senyum. _____________________________________ “huish masin.” Komen Zahirah. Azhar mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Zahirah lagi. Azhar rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Azhar pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Azhar langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Zahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! _________________________________ “ustaz.” Panggil Azhar pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Azhar malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Zahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Azhar di kereta. Senyum terukir apabila melihat Azhar menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Azhar kenalkan Zahirah pada lelaki itu. Zahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Azhar sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Azhar ni.” kata-kata Zahirah membuatkan Azhar terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Azhar bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Azhar. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Zahirah dan Azhar serentak.
Azhar duduk di birai katil dengan mata memandang Zahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Azhar tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Zahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Zahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Zahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Azhar apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Zahirah ni. Azhar memandang Zahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Zahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Azhar diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.” __________________________________ Sudah dua hari Azhar di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Azhar duduk di tangga surau papan itu. Zahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Azhar hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Zahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Zahirah mengalir. Azharterdiam. Zahirah juga diam. Terkejut Azhar tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Zahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Zahirah. “baik sayang.” Terdiam Zahirah Azhar senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”
Azhar ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Azhar hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Azhar lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Azhar senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Azhar telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Azhar mengheret bagasi berodanya. Zahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Azhar. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Zahirah bersalaman dengan Azhar.
Terpegun juga dia melihat Azhar yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Azhar tak perasan). Wajah Azhar seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Azhar perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Zahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Azhar memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Azhar dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Azhar telah pun duduk di sofa sementara Zahirah pergi membuat air di dapur. Mata Azhar menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Zahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Azhar menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Azhar yang duduk di sofa itu. “hmm?” Azhar merenung Zahirah. Dia sudah faham dengan sikap Zahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Azhar. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.”
Zahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Azhar masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Azhar berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Zahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Azhar hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Azhar. “hm, awak ambil satu..” kata Azhar dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Azhar “ok.” Ceria Zahirah menyambut earphone itu. Azhar menarik tangan Zahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Zahirah senyum. Azhar turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Azhar diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je
Azhar dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Azhar telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Azhar tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Zahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Azhar cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Zahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Azhar pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Zahirah memandang Azhar. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Azhar teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Azhar telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Azhar mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.”
Zahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Azhar hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Zahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Zahirah lagi dan terus berlalu. Azhar hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Azhar berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Azhar pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu. “ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Zahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Zahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Azhar “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Azhar membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh.
Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.” _________________________________________________ Azhar sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Zahirah manja. Azhar senyum. “kenapa?” “nah..” Zahirah menunjukkan sesuatu pada Azhar. Azhar mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Zahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Zahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Azhar membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Azhar. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Azhar turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Azhar mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Zahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Azhar senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Azhar!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Azhar hanya tunduk. Sejak menjadi suami Zahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Azhar. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “
Tercengang Azhar mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Azhar. Ya Allah… tiba-tiba telefon Azhar berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Azhar menjawab. “waalaikumsalam, weh Azhar. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Azhar tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Azhar mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Azhar memandu kereta isterinya itu. Hari ini Zahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Zahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Zahirah menyuruhnya membawa kereta dia. _____________________________
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Zahirah. “eh, kau diam lah dik..” Azhar melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Azhar menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Azhar menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Zahirah balik..” Sentap Azhar mendengar. Matanya memandang Zahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Azhar dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Zahirah yang tadi berair mata membela Azhar. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Zahirah.
Zahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Azhar. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Zahirah meminta pertolongan Azhar. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Azhar jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Zahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Azhar terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU… Azhar baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Azhar terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Azhar senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Azhar jawab. Suara serak
Zahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Azhar senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Azhar masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Zahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Zahirah . Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Azhar bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Azhar beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Azhar hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA….
Assalammualaikum.” Zahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Azhar menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =) Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. “Assalammualaikum..” Azhar menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Azhar senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Azhar sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Azhar menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Azhar . Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya.
Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain… _________________________ Assalammualaikum, abang dah makan? – Zahirah . Azhar membaca message itu dan senyum. Dia tahu Zahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk. Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Azhar Lepas beberapa minit. Syarikat abang dah okay? – Zahirah . Doakanlah ada projek yang masuk. – Azhar Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Zahirah . Azhar senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Azhar ____________________________________ “Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Hamdan “waalaikumsalam. Azhar , kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Azhar , abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Azhar.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Azhar membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Zahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Zahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim. Erat Zahirah memeluk suaminya saat Azhar masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Mat hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Zahirah . Azhar yang terkedu itu mengesat air mata Zahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Zahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Azhar .” Pesan Hj. Hamdan . “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Azhar bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Zahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” _________________________________
“saya sayang abang.” Luah Zahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Azhar yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Zahirah senyum senang. “Ira…” panggil Azhar. “ya?” Zahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Azhar diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Zahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Azhar. Zahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Azhar mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Zahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Zahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.
Azhar memandang Zahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Zahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Azhar lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Zahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Azhar terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Zahirah terbatuk. Azhar terkejut. Zahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Azhar terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Azhar sewaktu melihat darah itu. Zahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Zahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Azhar yang melutut di sisi Zahirah yang duduk di kerusi itu. Zahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Zahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Azhar tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Zahirah menggerakkan Azhar di sebelahnya. “..Encik Azhar , bangun..” kejut Zahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Zahirah menggerakkan Azhar lagi. “abang….abang.. bangun…” Azhar membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Azhar duduk menghadap Zahirah . “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Azhar. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.” Sebelum turun dari katil sempat Zahirah mencium pipi Azhar. Terkejut juga Azhar. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Azhar dan memegang pipinya yang di cium tadi. Zahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Azhar bersalaman dengan Zahirah . “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Zahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Azhar menarik Zahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata
Zahirah dan senyum. Azhar hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Zahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Azhar mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Zahirah dan senyum. “sayang awak juga.” _____________________________ Azhar memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Azhar keluar dari kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Azhar mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Azhar ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Azhar sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Azhar melihat Zahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau.
Azhar cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Azhar tidak bernafas dan pengsan. ********** Azhar terpisat-pisat bangun.
Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Azhar memangku Zahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Azhar mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Azhar tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Azhar bergari. “bukan saya!..” Azhar terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Azhar !!! Abah!!” anggota polis itu membawa Azhar keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Azhar bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Azhar memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Azhar . “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Azhar cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Azhar jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Mat melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Hamdan senyum. “sabar
Azhar , kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Zahirah ?” Haji Hamdan senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Mat hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Azhar , berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Msat bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Zahirah macam mana?” mengalir air mata Azhar tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Mat terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Azhar mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Azhar bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Azhar pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Azhar membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah… ________________________________ Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. “Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Hamdan hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Azhar senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Zahirah .” Bicara Azhar ceria. Haji Mat tersentak. Dia hanya mengangguk. Azhar duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Azhar tak bersalah. Azhar hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Hamdan berhenti di hospital. Azhar terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Azhar . Jom.” Ajak Haji Hamdan . Azhar hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Azhar terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Azhar melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.”
Lemah lutut Azhar dengar. Bukan. Salah ni. Azhar menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Azhar hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Zahirah baring tenang di atas katil itu. Azhar mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Azhar dan terduduk. Dia menangis. Haji Mat menenangkan menantunya itu. “sabar Azhar …bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Azhar . Haji Hamdan mengusap bahu Azhar . “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Hamdan “tak…tak…bukan dia..” sayu Azhar mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Zahirah ………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya
Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Zahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Azhar hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Azhar . “hm, awak ambil satu..” kataAzhar dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Azhar . “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Azhar menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Azhar diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Azhar dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini….. Azhar menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Zahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Azhar turun dari katil dan keluar dari biliknya.
Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Azhar , nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Azhar menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Azhar bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Azhar pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” _________________________________ Azhar meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Azhar melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Azhar senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Azhar mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Azhar baca matanya sudah mahu terlelap. Azhar menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Azhar membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Zahirah . “baik sayang.” Terdiam Zahirah . Azhar senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Azhar menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Azhar mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Azhar terpandang seseorang. Sayang. Azhar bangun. Dia menghampiri Zahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Azhar menggenggam tangan Zahirah . “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Zahirah hanya senyum dan menarik tangan Azhar agar mengikutinya. ______________________________
_____________
Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah. Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...
OLD // NEW