+ Follow
A Thousand Miles
A Thousand Miles
About Entry Board Back
RAMADHAN
Sunday, June 30, 2013, 11:48 PM , 0 comments
Assalamualaikum W.B.T ,

Sebenarnya dah lama Zahar tak updated blog nie kan . haha Berhabuk dah rasanya blog nie . Sedar tak korang yang sebenarnya kita nie dah dalam pertengahan bulan Syaa'ban dan akan tiba bulan yang mulia yang itu bulan RAMADHAN . Ya Allah , rindunya nak bertenu Ramadhan nie . Semoga kita semua dapat berjumpa dengan bulan yang mulia ini Aminn .

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sahabat seperjuangan Islam , 

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita? Mesti kita selalu tertanya tanya kan . Zahar ada terjumpa hadis ini dimana : 

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. 

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Muliakan Allah nie , seboleh bolehnya dia nak kita semua nie berada dalam Syurganya kan . Allah ampunkan dosa kita kalau kita puasa dengan penuh keimanan . Sebab tuh Ramadhan dikatakan bulan yang mulia . 

Bagi yang belum ganti puasa tuh cepat lah gantikan puasa yang tertinggal tuh okay . Tinggal berapa hari sahaja sebelum tiba bulan Ramadhan . Semoga semua sempat bertemu Ramadhan . Sampai sini jea kot . Nanti ada masa zahar upload lagi okay . Jaga diri semua . Jangan lupa solat . Jangan dekati zina . Assalamualaikum ...... Salam dakwah 


OLD // NEW