CABARAN KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
PENGENALAN:
Pada
semester ini, kami diamanahkan untuk membuat satu e-folio yang bertajuk punca
punca berlakunya ketidakprihatinan didalam kalangan masyarakat masa kini. Sebagaimana
yang kita sedia maklum, rezeki itu ketentuan Allah SWT dan kita sebagai manusia
perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki. Namun tidak semua manusia atau makhluk
Allah yang diberikan kesenangan dan kemewahan, oleh itu jika kita berada pada
tahap kesenangan dan kemewahan kita mestilah perlu ada sifat bantu membantu
sesama manusia Kita perlu sedar bahawa, ada juga yang hidup dalam keadaan daif
dan miskin yang mana ia terbahagi kepada dua yang mana satu dinamakan miskin
dinamik dan miskin relatif.
Selain
itu, kempen kesedaran perlu dilakukan oleh kerajaan bagi membantu golongan yang
tidak berkemampuan serta perlu juga untuk memupuk semangat keprihatinan didalam
kalangan masyarakat. Maka dengan e-folio yang kami akan lakukan ini, kami akan
mengkaji serba sedikit berkenaan punca punca berlakunya ketidakprihatinan
didalam kalangan masyarakat. Selain daripada membuat e-folio kami juga akan
membuat blog bagi memastikan perkara ini dapat dikongsikan kepada orang awam
dan pastinya dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat di luar sana.
Kami
akan melakukan kajian ini menggunakan kaedah sumber primer dan skunder, dimana
kami akan mencari bahan rujukan daripada internet, buku rujukan dan juga
pendapat orang awam. Maka dengan ini harapan kami adalah dapat berkongsi serba
sedikit berkenaan kesedaran masyarakat.
Antara gambar gambar mereka yang berada dalam
kesusahan hidup.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Bersyukur
kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya
dapat juga saya dan ahli
kumpulan menyiapkan
folio yang telah diusahakan selama ini
yang bertajuk punca punca ketidakprihatinan manusia didalam kalangan masyarakat
masa kini. Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini
merupakan sebahagian daripada kerja khusus kumpulan.
Oleh hal demikian ribuan
terima kasih saya ucapkan kepada rakan sekumpulan dan rakan rakan yang lain
yang banyak membantu sepanjang kami menyiapkan projek folio ini. Pertama sekali
kepada siti rodhiah binti abd rahman kerana beliau telah banyak memberikan
pertolongan dan semangat untuk terus melakukan e-folio ini. Hasil
daripada pengalaman yang dia ada dahulu yang juga bekas pelajar politeknik
telah berkongsi sedikit sebanyak apa yang perlu dilakukan.Sekalung
penghargaan untuk pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepada sepanjang saya
menyiapkan folio ini.
Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan
projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai
projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk
memberikan maklumat tidak akan saya dan ahli kumpulan lupakan. Akhir
sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung
atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.
OBJEKTIF KAJIAN
1.
Memastikan kempen kesedaran
bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik kepada kehidupan yang lebih
baik dan sempurna.
2.
Memupukkan semangat
keprihatinan orang awam terhadap masyarakat sekeliling
3.
Mengenal pasti punca punca
ketidakprihatinan manusia didalam kalangan masyarakat masa kini
4.
Dapat membela nasib mereka
yang berada dalam kemiskinan hidup
5.
Membina nilai nilai murni
didalam jiwa masyarakat masa kini terutamanya golongan muda.
PENDAHULUAN
Pada
zaman yang serba canggih dan moden sekarang ini ,kehidupan masyarakat di dunia
telah menghadapi transfomasi dalam kehidupan mereka dari segi taraf hidup yang
selaras dengan pembangunan dunia zaman ini.Pembangunan yang semakin rancak
membangun sejak tahun 2000 lagi telah membuat asset dan taraf kehidupan negara
berkembang maju dalam pelbagai sektor terutamanya dalam sektor kewangan.Hal ini
tidak terkecuali buat Negara Malaysia sendiri.
Namun
begitu,dalam mengejar arus kemodenan,masih ada lagi sekumpulan masyarakat yang
kurang bernasib naik dan menjalani taraf kehidupan yang berbeza dari masyarakat
yang berbeza dari masyarakat yang laim.Sekumpulan masyarakat ini berbeza dari
taraf hidup seperti kewangan,dan kehidupan yang susah sepertimempunyai rumah
yang usang,tidak mendapat pekerjaan yang baik untuk menambah pendapatan yang
selesa dan lebih menyayat hati lagi,ada diantara mereka yang sakit dan memerlukan
kos rawatan yang tinggi dan tidak dapat bekerja seperti masyarakat lain.
Justeru
itu,rangakain media elektronik dan perhubungan (Media Prima Malaysia) telah
menumbuhkan satu rancangan berkaitan dengan sekumpulan masyarakat ini untuk
menunjukkan dan memberi pengajaran kepada masyarakat di Malaysia yang bertajuk
“Bersamamu”.Racangan ini , mengisahkan tentang kehidupan mayarakat yang kurang
bernasib baik dalam kehidupan mereka.Selain itu,racangan ini menceritakan
tentang kepayahan mereka dalam menghadapi kehidupan yang sukar dalam sehari-hari.
Antara inisiatif yang telah
dijalankan adalah program Bersamamu yang merupakan sebuah rancangan realiti
berbentuk amal. Pengacaranya akan membawa penonton untuk meninjau keadaan
insan-insan istimewa serta mereka-mereka yang kurang berkemampuan dalam
meneruskan cabaran hidup. Program tersebut memaparkan penderitaan anggota
masyarakat yang terpaksa mengharungi dugaan berganda dalam meneruskan
kehidupan.Tujuan utama rancangan ini adalah untuk meringgankan beban mereka yang
kesusahan dan ia tidak semestinya bantuan kewangan tetapi hal lain juga seperti
biaya pengajian, rawatan perubatan ataupun tempat penginapan.
Justeru itu, punca-punca berlakunya
ketidakprihatinan dalam kalangan masyarakat tidak boleh dipandang rendah oleh
pihak yang berkaitan. Selain itu sumbangan daripada sesuatu masyarakat atau
sesuatu agensi seperti membagi baju-baju terpakai atau sumbangan duit juga
boleh mengurangkan beban golongan miskin. Untuk memupuk semangat tolong
menolong ini perlu dipupuk dari awal.
Ketua
kampong atau orang-orang biasa yang mempunyai pengaruh yang begitu kuat boleh
membuat pengikut-pengikutnya sendiri. Dari situ budaya tolong-menolong dalam
masyarakat dapat dibendung. Statistic kemiskinan dalam masyarakat juga dapat
dikurangkaWalaupun begitu,masih lagi diantara masyrakat
kita yang kurang mengambil tahu dan menolong mereka yang serba kedaifan
ini.Antara puncanya,mereka ini mempunyai sifat yang angkuh dan menganggap
racangan itu hanya rekaan semata-mata.Hal seperti ini perlu dibendung untuk
membendung masalah ketidakprihatinan ini semakin berleluasa.Bak kata pepatah
melayu “berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”.
PUNCA-PUNCA
KETIDAKPRIHATINAN TERHADAP MASYARAKAT
Antara
punca-punca ketidakprihatinan dalam kalangan masyarakat adalah kerana setiap
rakyat tidak wujud sifat membantu masyarakat. Contohnya, golongan yang kurang
bernasib baik di kawasan kampung sepatutnya menerima perhatian sewajarnya
seperti mereka yang berada di institusi kebajikan.Terdapat pelbagai cara untuk
membantu golongan kurang bernasib baik ini. Antaranya adalah sumber kewangan,
makanan dan pakaian serta mereka juga perlu dibantu untuk berdikari melalui
pelan jangka panjang.Pepatah Cina mengatakan, lebih baik mengajar seseorang
mendapat ikan daripada memberinya ikan setiap hari.Jika kita mengajar seseorang
cara mendapatkan ikan, dia akan menguasai kemahiran mendapatkan ikan secara
berdikari untuk jangka masa yang panjang.Dengan ilmu individu dapat memperbaiki
kehidupannya dan nasib keluarganya seterusnya generasi yang bakal dilahirkannya
kemudian.
Selain itu,
ketidak-aktifan oleh Islam yang tidak menggalakkan penganutnya
menghebohkan kebajikan yang dilakukan tetapi masyarakat telah menyalahgunakan
hal tersebut dengan menghebohkan kebajikan yang telah dilakukan. Mereka tahu
Islam menggalakkan aktiviti sukarela ini, tetapi mereka tidak komited terhadap
ilmu tersebut.Dalam kata lain, mereka tahu ia dituntut tetapi tidak mahu
mengamalkannya.Masalah ini memang sukar diatasi kerana ia berkait rapat dengan
sejauh mana individu itu ingin mengamalkan ajaran agamanya.Masyarakat juga
telah mengabaikan anak yatim dan fakir miskin begitu sahaja dimana mereka amat
memerlukan pembelaan terhadap mereka.Masyarakat seharusnya memberi sumbangan
dan sokongan moral dalam membantu menangani permasalahan mereka.
Dari segi
mentaliti orang melayu pula, ada kemungkinan bahawa masyarakat melayu begitu
yakin dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu, mereka merasakan segala
kebajikan orang melayu itu akan dipelihara oleh kerajaan. Oleh itu, mereka
tidak perlu melakukan apa-apa untuk bangsanya. Faktor-faktor peribadi dan
luaran pula sebenarnya mempengaruhi,bukan sahaja orang melayu tetapi juga semua
lapisan masyarakat kerana ia tiada kena mengena dengan agama atau hak istimewa
sesuatu bangsa.Ia juga berkait rapat dengan masyarakat yang tidak mempunyai
pengurusan masa yang bijak.
Di samping itu,
faktor-faktor peribadi merujuk kepada diri individu itu sendiri. Antaranya
ialah seperti tiadanya rasa simpati pada golongan yang memerlukan, sifat-sifat
mementingkan diri, tidak mahu berjanji untuk menyumbang kerana bimbang tidak
dapat melaksanakan janji tersebut dan seumpamanya.Faktor-faktor luaran pula,
merujuk kepada tiadanya pendedahan, baik kepada perlunya menyumbang kepada
masyarakat, mahupun tentang kewujudan pertumbuhan kebajikan.Mungkin juga wujud
keadaan dimana, golongan masyarakat ingin menyumbang tetapi mereka tidak tahu
bagaimana hendak menyumbang, kemana hendak menyumbang, dan sebagainya.
Dari segi
keadaan orang melayu yang terkial-kial memenuhi keperluan sendiri sehingga
tiada masa untuk memenuhi keperluan orang lain, terdapat golongan yang
berpendapatan rendah. Bagaimanapun terdapat warga kota yang akibat daripada kos
hidup yang tinggi di bandar, mereka terpaksa mengambil kerja sambilan untuk
memenuhi tuntutan hidup bagi mereka tentulah sukar untuk mencari masa untuk
menyumbang.Kesedaran masyarakat tentang hari ini perlu dipertingkat untuk
membantu keperluan golongan yang memerlukan dan bagaimana masyarakat boleh
membantu.
Punca yang seterusnya ialah kurangnya
bimbingan daripada ibu bapa.Hal ini demikian kerana anak-anak tidak tahu untuk
mengambil berat tentang masyarakat mahupun keluarga sendiri.Ibu bapa tidak
memberi tunjuk ajar dari kecil bagaimana untuk menegur masyarakat setempat dan
hal ini boleh menunjukkan ketidakprihatinan dalam diri anak.Hal ini perlu
dibendung dari akar umbi lagi kerana pepatah ada menyatakan bahawa ‘melentur
buluh biarlah dari rebungnya’.
Masyarakat yang tidak prihatin berpunca daripada sikap individu itu
sendiri.Misalnya masyarakat yang endah tak endah tentang kejiranan.Hal ini
kerana masyarakat tidak melawat jiran yang jauh apatah lagi yang
terdekat.Masyarakat yang bersikap seperti boleh menyebabkan keutuhan didalam
masyarakat terutama yang beragama islam yang menitik beratkan perpaduan boleh
berpecah belah.Oleh itu,sikap prihatin perlu dipupuk dikalangan masyarakat agar
masyarakat atau generasi yang akan datang tidak memandang enteng tentang
perkara ini.Sikap prihatin atau mengambil berat adalah sikap yang boleh
menyatukan sesebuah komuniti atau negara agar menjadi lebih baik.
Sikap ketidakprihatinan dalam masyarakat boleh
berlaku kerana sikap prihatin tidak mendapat tempat dalam penyiaran media.Media
penyiaran memainkan peranan yang penting kepada masyarakat di Malaysia dalam
proses menyampaikan maklumat dan juga medan sosial kepada masyarakat agar lebih
bersikap prihatin.Sekiranya perkara ini dipandang remeh,tidak mustahil
masyarakat boleh berpecah belah dan negara mengalami nasib yang sama.
Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, kesilapan, mahupun
kecuaian.Dengan itu, trelah menjadi tanggungjawab sosial bagi semua lapisan
masyarakat untuk saling menasihati Antara satu sama lain demi menjaga kebaikan
dan kemaslahatan bersama.Dengan sikap saling menjaga kemaslahatan dalam
masyarakat menunjukkan kewujudan hubung kait Antara iman dengan penyalahgunaan
media penyiaran.Kewajipan sesama insan untuk saling menegur dan mengingatkan
kea rah kebaikan dan meninggalkan kejahatan terutamanya sikap tidak
prihatin.
Oleh
demikian,tanggungjawab sosial dalam memupuk semangat kemasyarakatan perlu
dipandang serius agar keutuhan masyarakat dapat dipupuk dan terjalin.Masyarakat
yang prihatin dapat dipupuk melalui individu itu sendiri sama ada ingin melihat
keutuhan atau silaturrahim didalam masyrakat terus terjalin
Seterusnya ialah,punca-punca
berlakunya ketidakprihatinan dalam masyarakat ialah apabila sifat positif dalam
diri masyarakat Malaysia saban hari semakin luntur, ketidakprihatinan yang
ditunjukkan, masyarakat menjadi lebih biadab kerana kurangnya ketidakprihati
dalam berbahasa semakin rapuh dan ampuh.Bahkan, kita sendiri mula merasa
bahangnya apabila dipersekitaran kita semakin banyak contoh kerapuhan nilai
prihatin dalam masyarakat yang terjadi dihadapan mata kita sendiri. Mengapakah
hal ini berlaku? Justeru, marilah kita sama-sama mengupas persoalan hangat ini
yang sering terpampang di media dan akhbar tentang punca-punca berlakunya
ketidakprihatinan dalam masyarakat yang sedang berlaku pada zaman sekarang.Ini
kerana,sifat sombong dan angkuh telah terpahat dalam diri seseorang yang
menyebabkan kurang kesedaran dalam masyarakat yang sangat memerlukan
pertolongan dan bantuan dari pihak-pihak yang berkaitan dalam membantu golongan
yang memerlukan.
Seterusnya menilai
paras rupa mahupun pangkat dalam masyarakat merupakan salah satu punca
berlakunya ketidakprihatinan dalam masyarakat zaman sekarang.Hal ini
kerana,golongan yang menilai harta ini sangat mementingkan diri sendiri dan
tidak mengendahkan orang lain seperti orang miskin yang sangat memerlukan
prihatinan dari mereka.Disamping itu,memilih kasih adalah punca juga berlakunya
ketidakprihatinan dalam masyarakat.Hal ini kerana,pihak yang berkenaan
bersikap kurang professional dalam memberi bantuan kepada orang yang memerlukan
dan kurang bernasib baik dalam kehidupan harian mereka.Ini juga
kerana,sesetengah pihak kurang mengambil pendekatan kepada golongan yang sangat
memerlukan apabila mereka kurang dari segi makanan,pakaian dan tempat tinggal.
Oleh demikian,kite
sebagai masyarakat yang berbilang bangsa dan mempunyai sikap saling
bertoleransi haruslah memainkan peranan yang penting dalam pembentukkan
nilai-nilai yang murni dalam sikap sesorang supaya punca-punca
ketidakprihatinan dalam masyarakat ini dapat dielakkan dan seterusnya dapat
dipupuk dari masa ke semasa.
PERKARA YANG PERLU DIBUAT UNTUK MENINGKATKAN
SIFAT KEPRIHATINAN
Antara perkara yang boleh meningkat sifat keprihatinan di
kalangan masyarakat ialah membuat lebih bnyak iklan yang berkaitan dengan sifat
keprihatinan.Lebih-lebih lagi berkaitan dengan racangan “Bersamamu”.Iklan yang
dibuat perlulah mengandungi isi seperti cerita pendek kehidupan mereka dan
menyertakan akuan mereka sendiri untuk membolehkan masyarakat membuat sebarang
bantuan kepada mereka.Hal ini sekalisgus dapat membuka mata masyarakat untuk
mempunyai rasa tanggungjawab dan meningkatkan keprihatinan untuk membantu
golongan yang memerlukan.
Selain itu,program kerohanian seperti ceramah-ceramah
agama boleh dibuat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam membantu
gplongan yang susah.Ceramah yang diadakan boleh disampaikan mengikut cara
sesuatu kaum itu sendiri.Bagi agama islam, ceramah yang berunsur kerohanian ini
perlu kerap dibuat sesame solat berjemaah bersama kerana sesama itu,ramai
masyarakat hadir untuk menunaikan solat berjemaah bersama.Hal ini dapat
meningkatkan dan menarik untuk melakukan amal jariah.
Kempen-kempen seperti kempen kesedaran boleh dianjurkan
di peringkat kecil mahupun besar,seperti contoh semasa aktiviti majlis rukun
tertangga peringkat taman perumaahan dan bolrh juga diadakan ketika
majlis-majlis besar.Kempen yang dibuat perlulah merangkumi aspek yang ingin
dinyatakaan seperti bantuan yang diperlukan dan senarai golongan yang kurang
bernasib baik.Aktiviti seperti ini boleh memberi pengetahuan tentang
keprihatinan dalam masyarakat untuk membuat amal yang baik.
GOLONGAN YANG TERLIBAT DALAM MEMBERI KEPRIHATINAN TERHADAP MASYARAKAT
Antara golongan yang terlibat dalam memberi
keprihatinan tehadap masyarakat ialah golongan yang berdapatan tinggi.Selain
itu golongan berdapatan tinggi ini bermaksud individu atau masyarakat yang
mempunyai taraf kehidupan yang selesa dan mempunyai sumber kewanagn yang lebih
dan mencukupi.Golongan seperti ini dapat membantu dari segi memberi bantuan
kewangan kepada mereka yang memerlukan.Sumbangan yang diberi boelh dibuat dari
segi pemberian sumber makanan,keperluan hidup seperti pakaian dan sedikit derma
berupa wang.
Selain
itu,golongan yang terlibat dalam keprihatinan ialah golongan
belia/remaja.Sememangnya ramai golongan belia atau remaja tidak mempunyai
sumber kewangan yang cukup,akan tetapi mereka boleh memabntu dari segi
penyibarkan tentang golongan yang kurang bernasib baik ini di laman media
social supaya masyarakat lebih mengenal dan mengetahui akan masalah yang
dihadappi oleh golongan tersebut.Meraka juga boleh membuat amal seperti melawat
merak yang kurang bernasib baik tersebut dengan cara membantu membersihkan
halaman rumah,memberi kata motivasi kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.
PERANAN
DAN FUNGSI MEDIA MASSA
Media yang terdiri daripada pelbagai bentuk
memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Tanpa
media masyarakat sesebuah negara itu akan menjadi buta dan pekak. Setiap hari
kita membaca akhbar, buku, majalah serta menonton televisyen (TV), surat khabar
dan majalah. Media cetak dan media elektronik ini memainkan peranan yang sangat
penting dalam mencorakkan kehidupan manusia sama ada orang dewasa mahupun
kanak-kanak. Oleh itu kita perlu tahu;
“Bagaimana orang ramai menggunakan media?”
“Apakah kesan media massa terhadap masyarakat dan golongan tertentu? “ “Apakah
kesan media massa mempunyai pengaruh yang kuat, sederhana atau terhad terhadap
kepentingan sesuatu isu?”
“ Adakah pihak tertentu boleh menggunakan media massa untuk memberi gambaran
terhadap reality?”
Antara
peranan media terhadap pengetahuan masyarakat ialah media sebagai sumber
maklumat. Media massa menjadi sumber utama kepada masyarakat untuk mendapatkan
maklumat. Sebagai contoh, masyarakat akan mendapat maklumat melalui media
massa khususnya akhbar, televisyen dan internet yang amat berkuasa dalam
menyampaikan maklumat berkaitan dengan kerajaan. Hal ini disebabkan, media
massa menjadi orang tengah antara kerajaan dan rakyat. Menurut Mohd Hamdan
(1986), “Melalui media massa, kerajaan boleh menerangkan dasar-dasar atau
projek yang hendak dirancangkan atau dilaksanakan”. Oleh itu, media massa dapat
menerangkan dan memberi liputan secara meluas dan mendalam berkaitan dasar dan
rancangan kerajaan bagi membolehkan rakyat memahami dengan tepat dan sepenuhnya
segala dasar dan rancangan tersebut.
Selain itu, media massa turut
berperanan sebagai agen pembangunan dan perpaduan negara. Melalui media massa,
pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam pelbagai etnik dapat disebarkan.
Sebagai contoh, melalui aktiviti kebudayaan seperti tarian, lagu dan cara hidup
sama ada masyarakat tempatan atau masyarakat asing, seseorang itu dapat
menyelami dan memahami unsur kebudayaan sesuatu kaum. Secara tidak
langsung, media massa terutamanya media cetak dapat menyemai semangat perpaduan
dalam jiwa masyarakat berbilang kaum. Semangat bersatu padu dan saling
menghormati dapat mewujudkan keharmonian masyarakat. Keadaan ini dapat
mengelakkan tercetusnya peristiwa 13 Mei yang menggugat perpaduan kaum daripada
terus berulang. Apabila semangat perpaduan dapat disemarakkan sudah pasti akan membantu
proses pembangunan negara supaya berjalan dengan lancar.
Di
samping itu, media massa turut berperanan sebagai alat yang menghubungkan
kerajaan dengan rakyat. Hubungan yang baik antara pemerintah dengan rakyatnya
perlu diwujudkan untuk pembangunan. Umpamanya, media massa boleh menyiarkan
dasar-dasar kerajaan seperti menjelaskan Rancangan Malaysia Ke-9 dan sebagainya
supaya rakyat dapat memahami dan menerima serta bersikap terbuka terhadap
dasar-dasar pembangunan negara. Sesebuah kerajaan memerlukan sokongan rakyatnya
dalam segala langkah dan program yang dijalankan. Rakyat pula memerlukan
kerajaan yang cekap dan telus dalam melaksanakan proses pembangunan. Melalui
media massa, rakyat boleh memberikan reaksi dengan mengemukakan pandangan
mereka. Dengan wujudnya pertukaran maklumat ini, peranan antara kerajaan dengan
rakyat akan lebih berkesan.
Seterusnya,
media massa turut berperanan membantu sesebuah syarikat berkembang dengan
pesat. Hal ini demikian kerana media dapat mengiklankan sesuatu produk yang
dikeluarkan oleh sesebuah syarikat dan memperkenalkan barangan di pasaran yang
dapat melariskan jualan. Sebagai contoh, sesebuah syarikat akan menggunakan
ruangan iklan untuk mendapatkan pekerja dan mempromosikan barangan keluaran
syarikatnya, Dalam era globalisasi ini, terdapat perniagaan yang dijalankan
melalui internet iaitu salah satu bentuk media. Produk sesebuah syarikat akan
dapat menembusi pasaran global dan sudah pasti syarikat dapat berkembang dengan
pesat dan memberikan sumbangan kepada proses pembangunan negara.
Selain
daripada itu, media massa turut menjana peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Hal ini demikan kerana bidang media merupakan satu bidang yang luas.
Oleh itu, bidang tersebut memerlukan banyak pekerja. Tenaga kerja yang boleh
ditawarkan adalah yang berkaitan dengan bidang kewartawanan, pentadbiran,
penyuntingan, penulisan, pengurusan, pengiklanan dan sebagainya. Produk yang
terhasil pula perlu dijual dan tindakan ini memerlukan tenaga kerja dalam
bidang pemasaran, Menerusi media elektronik pula, pembuatan peralatannya
.
Di
samping itu, media massa juga berfungsi sebagai pemerhati. Fungsi ini dapat
didefinisikan sebagai pemerhati yang mengawasi tentang peristiwa yang berlaku
di sekitar masyarakat. Terdapat dua jenis pemerhati yang berkaitan iaitu fungsi
pengawasan memberi amaran dan pengawasan instrumental. Pengawasan berbentuk
amaran digunakan untuk mengingatkan masyarakat akan sesuatu kejadian atau
malapetaka yang bakal berlaku. Antara kejadian sebegini ialah seperti banjir,
gempa bumi, tsunami dan penyebaran wabak penyakit. Laporan yang berkaitan
dikatakan sebagai berita dan maklumat yang sangat penting. Pengawasan berbentuk
instrumental pula ialah lebih membantu masyarakat memperolehi maklumat seperti
bursa saham, produk baru, fesyen dan resepi masakan. Fungsi sebagai pemerhati
ini secara tidak langsung dapat memberi informasi dengan lebih jelas kepada
masyarakat.
Media
massa bukan saja agen penyampaian maklumat semata-mata, malah turut menjadi
pemerhati kepada keadaan sekeliling seterusnya menjadi pemikir tentang isu yang
berlaku dan mencetuskan idea-idea yang bernas untuk pembangunan masyarakat dan
negara. Perkara ini menunjukkan betapa besarnya peranan media massa dalam
proses pembangunan negara ke arah merealisasikan negara maju 2020.
Menurut Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, “Bagi
saya sendiri, saya yakin dengan kekuatan media massa dalam menyebarkan maklumat
demi pembangunan sesebuah negara dan masyarakat. Tanpa media massa, adalah
sukar bagi mana-mana negara untuk membentuk masyarakatnya sebagai sebuah
masyarakat yang berilmu pengetahuan”
“Bagi saya, sendiri, saya yakin dengan kekuatan
media massa dalam menyebarkan maklumat demi pembangunan sesebuah negara dan
masyarakat. Tanpa media massa, adalah sukar bagi mana-mana negara untuk
membentuk masyarakatnya sebagai sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan”.
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
ANTARA
MEDIA MASSA DIMALAYSIA
- ·
Tv3
- ·
Metro
- ·
Facebook
- ·
Tv9
- ·
Kosmo
DALIL-DALIL
TENTANG KEPRIHATINAN TOLONG MENOLONG
Ayat Yang menerangkan (Ta’awun) Tolong
Menolong Dan Penjelasanya
al-Maidah
Ayat 2
وَتَعَاوَنُوا عَلَى
الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ
وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ﴿المائدة: ٢﴾
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan)
kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan
pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat
siksa-Nya.
KESIMPULAN
Alhamdulillah,
setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi akhirnya kerja kami telah berada di
penghujung. Setelah beberapa minggu kami bertungkus lumus menyiapkan kerja ini
terdapat beberapa kesimpulan yang boleh di dapati antaranya kami dapat
mengetahui punca punca utama dalam kurangnya ketidakprihatinan manusia didalam
kalangan masyarakat masa kini. Oleh hal demikian, kami mengharapkan punca punca
ini dapat dirawat dan dipulihkan agar ia tidak lagi menjadi punca
ketidakprihatinan manusia terhadap masyarakat. Selain itu juga kami juga dapat
mengetahui peranan media massa dalam komunikasi dan mengetahui semua aspek yang
melibatkan keprihatinan.
Seterusnya,
dengan kajian yang kami lakukan, kami kini dapat mengetahui antara badan badan
ngo yang sering melakukan aktiviti memberi bantuan kepada yang memerlukan
contohnya seperti kumpulan “Bersamamu”. Kami berharap kajian yang kami lakukan
ini dapat membantu mereka yang memerlukan agar memberikan kesedaran kepada
mereka yang berkemampuan untuk sentiasa bantu sesama manusia dan juga bersyukur
dengan rezeki Allah Swt.
Sekian Terima Kasih
RUJUKAN
2. Facebook
bersamamu
3. Wikipedia
4. Twitter
5. Buku
komunikasi pernyiaran islam
OLD